Monday 14 April 2014

Kembali

oleh A. Awantang

Apabila matari bertukar perak tiram
langit bertukar kelabu kelam,
Riang bertukar sepi
Seperti segalanya mati.

Namun kau diamkan sahaja
Kerna ini semua adalah janji,
Hal di atas, dan di bawah
Seperti melengkapi 
Tingkap dinihari.

Melihat mereka
Tatkala kau sibuk melayan diri,
sibuk membesar,
Kau lupa,
mereka jua semakin tua.

Apabila matari bertukar jingga kelabu
terangnya bulan tidak terasa,
Aku kembali pulang
dengan harapan dan janji.

Janji yang akan ku pegang sehingga akhir waktu.

Kuala Lumpur, Mac 2014

No comments:

Post a Comment